Wednesday, August 10, 2011

Saya dan Kg Baru, pengundi PRU13

Saya seorang pengundi berdaftar. Ini semakan daftar pemilih saya. Alhamdulillah, tidak ada masalah. Bila ada pilihanraya, saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat.


Tetiba, ada berita ada pengundi hantu yang sedang dicetak oleh Kerajaan. Kawan saya pun bagi pautan kepada bukti tersebut. Pelik, ada manusia dengan nama KG BARU, satu lagi tanda integriti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) boleh di pertikaikan dan sebagainya. Tak percaya? Tengok bawah:

Walaupun "print screen" di atas dah cukup memuaskan ramai orang, tapi disebabkan masa terluang yang sangat banyak, maka saya buat semakan sendiri di laman web SPR. Rupa-rupanya si "KG BARU" namanya Noraini Bt Abdullah.

Tapi kalau saudara dan saudari lebih teliti, halaman website yang saya pilih sendiri berwarna, tidak seperti print screen yang saya ambil dari Facebook di atas. Kenapa ini terjadi? Kalau dah print screen, mestilah sama, melainkan ini kerja edit tak lengkap. Print screen yang saya ambil sendiri dari website SPR jelas bewarna. Kenapa berbeza maklumat yang mereka peroleh dengan apa yang saya lihat?

Nampak sangat ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan menanam persepsi negatif terhadap SPR. Agaknya, siapa yang mendapat manfaat waktu pilihanraya kelak apabila persepsi-persepsi buruk sebegini berada dalam fikiran kita waktu mengundi kelak?


No comments:

Post a Comment