Showing posts with label A Taxpayer. Show all posts
Showing posts with label A Taxpayer. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Talam Corp: Pinjaman Berisiko Tinggi RM391 Juta & National Feedlot Corp: Pelaburan Hartanah RM10 Juta: Mana Lebih Lalai?



Tepat dua tahun lalu, November 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengejutkan ramai pihak melalui tindakan beliau untuk membeli hutang Talam Corporation Berhad sebanyak RM391 juta.

Peruntukkan untuk tujuan tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Perbadanan Menteri Besar. Dalam erti kata lain, wang rakyat dikeluarkan untuk membeli hutang berisiko tinggi dari agensi-agensi serta perbadanan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Yayasan Pendidikan Selangor.

Talam Corporation Berhad pada waktu itu adalah syarikat PN17 dalam klasifikasi Bursa Malaysia, dalam erti kata lain, syarikat ini mempunyai posisi kewangan yang kurang elok sejak September 1, 2006. Pada waktu itu,, syarikat ini sudah pun gagal melunaskan hutang-hutang sedia ada.

Di dalam satu petikkan akhbar, Menteri Besar menyatakan hutang Talam Corporation Berhad kepada kerajaan negeri mencecah RM500 juta, tetapi bersetuju mengutip bayaran sebanyak RM391 juta sahaja. Kenapa diskaun 21% diberikan kepada Talam? RM109 juta rugi begitu sahaja atas nama "kompromi". Artikel tersebut boleh di baca di sini.

Pada peringkat ini sahaja, kerajaan Selangor telah pun rugi sebanyak RM109 juta dan merisikokan sebanyak RM391 juta lagi. Di dalam artikel yang sama, Menteri Besar menjanjikan hal tersebut akan di selesaikan dalam tempoh 3 bulan atau syarikat itu akan diambil tindakan undang-undang dalam seperti rampasan tanah dan pembubaran untuk menyelesaikan hutangnya.

Menurut beliau lagi, hutang tersebut berusia 10 tahun. Mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan undang-undang terus tanpa merisikokan wang sejumlah RM391 juta. Sepatutnya wang itu digunakan untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk menyelamatkan kedudukan kewangan agensi negeri. Kenapa pihak pengurusan yang lalai dan cuai dalam hal ini tidak dihukum? Bukankah itu selalu dituntut Pakatan jika perkara sama dilakukan oleh BN?

Sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya boleh dibubarkan oleh pemberi hutang dengan memohon perintah "winding up" dari mahkamah. Aset syarikat tersebut akan dilelong dan di jual untuk melunaskan hutang-hutang dan baki aset tersebut akan dipulangkan kepada pemegang saham syarikat tersebut. Menurut Akta Syarikat 1965, seksyen 218(2) sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya sebanyak RM500 atau lebih akan dianggap tidak mampu menyelesaikan hutang dan boleh dibubarkan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Sebagai bekas pengurus korporat, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya ambil jalan selamat untuk mendapatkan semula hutang tersebut.

Setelah dua tahun berlalu, Kerajaan Negeri mengisytiharkan pembayaran hutang tersebut selesai, walaupun pada mulanya ia dikatakan "diberikan tempoh 3 bulan untuk diselesaikan". Kenapa tiada penalti dikenakan untuk bayaran lewat serta mengapa ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan yang dijanjikan beliau?

Jika Kerajaan Selangor boleh lupuskan RM109 juta hutang sebuah syarikat berteraskan untung, mengapa kerajaan yang sama tidak boleh lupuskan hutang sebanyak RM5 juta dari sebuah organisasi kebajikan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor?

Seperti mana Pakatan Rakyat mempertikai tindakan National Feedlot Corporation dalam pelaburan mereka yang tidak berkaitan dengan portfolio perniagaan, soalan saya, bank manakah yang sanggup memberi pembiayaan semula kepada syarikat dengan kedudukan kewangan yang buruk sepertimana diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim?

Laporan kewangan syarikat pada 31 Januari 2009 menunjukkan dengan ekuiti pemilik sebanyak RM394.5 juta, syarikat ini mempunyai hutang dan liabiliti sebanyak RM3.04 billion. Dalam erti kata lain, setiap RM1 dilaburkan dalam syarikat ini, kita terikat dengan hutang sebanyak RM7.70. Laporan kewangan di dalmpirkan dibawah.


Nampaknya, melaburkan RM10 juta dalam hartanah lebih teruk dari hilang RM109 juta dan mengambil pelaburan berisiko tinggi sebanyak RM391 juta. Jika Pakatan Rakyat mampu memperoleh keuntungan dari keputusan perniagaan berisiko, berilah peluang kepada National Feedlot Corporation untuk membuktikan kewajaran tindakannya dalam membuat keputusan pelaburan.

Thursday, October 27, 2011

Scorpene Malaysia: Apa Yang Kita Tak Tahu


Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat,
rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah;

1. Harga Kapal Selam Scorpene yang jauh lebih mahal dari belian negara lain.

2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.

Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Apa yang tidak dinyatakan oleh blog AMK Shah Alam di atas ialah, pada 14 April 2010, Brazil telah menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. Tidakkah hal ini menceritakan sesuatu buat kita semua?

Apa yang tidak dijelaskan oleh bloggers Pakatan, mengapa kita bayar pada harga tersebut,dan pihak kerajaan pula, tidak berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat dengan bahasa mudah yang boleh difahami semua.

Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.

Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.

Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.

India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.

Brazil pula membayar sebanyak 2200 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam tahun lepas.

Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.

Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India)


Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.

Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal.


Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.

Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.

Kapal selam tersebut telah melakukan selaman dan berjaya melakukan latihan. Bak memiliki kereta baru, kita tidak boleh memandu pada kapasiti maksimum sebaik saja baru keluar dari kedai. Begitu juga dengan kapal selam kita. Kapal selam, seperti mana-mana barang mekanikal lain, tidak boleh lari dari masalah-masalah yang teknikal dan mekanikal.

Sebagai contoh, pada 22 Oktober 2010, Kapal Selam HMS Astute milik United Kingdom terdampar di pesisir pantai dan mengalami kerosakan yang teruk. Ini adalah kapal salam penyerang nuklear tercanggih dan terbaru milik armada tentera United Kingdom dengan nilai 1.57 billion dollar (USD). Jadi, tentera laut United Kingdom pun tak terkecuali dari masalah, apatah lagi negara kita yang baru memiliki dua buah kapal selam sulungnya? Fikir-fikirkanlah
Sekurang-kurangnya, ahli politik Britain cukup matang dan tidak pula mengadu domba mengenai kelemahan angkatan laut negara itu di mana-mana negara, baik jiran mahupun sekutu. Tindakan Nurul Izzah Anwar mendedahkan masalah teknikal kapal selam negara kepada Kompas, Indonesia tidak wajar sama sekali, walaupun ujar beliau sekadar memetik kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat. Jika beliau berakal, dan sensitif kepada isu ini, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan dan penerangan akan keadaan tentera kita kepada media luar.

Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka.